Wah, sudah lama rupanya ku biarkan blog ini bersawang. Apa khabar kalian?
Tak sangka bahawa saya telah mempunyai sembilan buah cerpen dalam sembilan buah antologi bersama-sama penulis lain.
Pada pertengahan tahun 2013, pihak JS Adiwarna telah mula mencari cerpen bertemakan ratu sehari untuk dimuatkan dalam antologi cerpen mereka. Perasaan saya berbolak balik pada ketika itu. Saya hanyalah pembaca kerdil. Kak Noor Suraya menasihatkan saya mencuba untuk menulis. Pada masa itu, saya hanya terfikir hendak berkongsi dengan pembaca tentang budaya.
Maka, cerpen bertemakan peranakan sempat saya hasilkan (rasa dejavu). Memang lepas saya hantar, memang tidak pernah menaruh harapan (sebab dah banyak kali masuk pertandingan dan faham dah adat). Beberapa bulan kemudian, saya dapat tahu cerpen saya diterima pun melalui tag rakan penulis di muka buku. Ternyata diri ini amat gembira.
Selepas cerpen pertama, ada juga menulis untuk cerpen kedua pada tahun 2014. Malangnya ia ditolak kerana:
- Cerpen itu amat gelap
- Dedikasi kepada orang yang telah meninggal (sebahagian)
Saya menyepi sehingga bulan Jun 2015. Seorang sahabat penulis yang saya kenal melalui majlis pelancaran novelnya mula bersuara. "Sampai bila kau harus menyepi?" dan saya terdiam mendengar soalan itu. Atas galakannya dan admin GMM seperti Ayahanda Chik dan abang AD, saya mencuba untuk menukang cerpen 'Preskripsi Hidup'. Ia terbit bawah 'Komplot Menulis GMM' bawah Tuah Idea Sakti Solution.
Selepas hari raya tahun 2015, saya berminat dengan hebahan pencarian cerpen untuk genre seram bertemakan hospital. Terus saya menghantar mesej peribadi kepada tuan Shah Othman dan dimasukkan ke dalam kumpulan SO Publishing (rahsia la di mana).
Sedang memikirkan konsep, ada pula hebahan nak cari karya untuk antologi 'Ayah' dalam masa tiga jam. Justeru, cerpen 'Pemulauanku' berjaya ditaip dalam masa dua jam berdasarkan kisah benar sendiri. Cerpen dalam antologi 'Sedegup Cinta' pula ialah sambungan bagi cerpen dalam 'Komplot Menulis GMM' kerana ada pembaca yang inginkan pengakhiran buat watak utama. Terbukti 'hooking factor' ada dalam karya itu.
SO Publishing bagi saya ialah senang. Senang dalam berurusan dengan mereka. Bukan nak bela sesiapa tapi berdasarkan pengalaman sendiri. Tak sangka pula SO maju ke hadapan dengan inprint SOpink untuk genre cinta.
Dengan JS Adiwarna saya diberi kepercayaan lagi untuk berkongsi kisah tentang perkahwinan hantu dalam budaya Tionghua. Ternyata ramai yang masih jahil dengan adat sebegini. Selepas sehari, dapat pula berita bahawa cerpen saya akan diterbitkan bawah Universal Novel Enterprise bertajuk 'Antologi RASA'.
'Hospital' keluar dan kisah stor farmasi dapat saya coret. Antologi 'Kelibat' pula membawa kisah jambatan dan 'dia'. Rasa nak sambung dalam bentuk novel tapi belum ada kekuatan untuk bertapa di situ (pada yang tahu diam-diam ya).
Cerpen dalam antologi 'Untukmu Ibu' membawa persoalan niat tak menghalalkan cara kita. Nak tahu kena beli dan baca. Saya juga suka sebab ada himpunan puisi daripada rakan-rakan lain.
Dan terus saya menulis sehingga ada sembilan buah! Antologi cerpen kesepuluh akan keluar dalam masa terdekat bertemakan seram penjara. Jangan lupa dapatkan dan ulas nanti. Terima kasih semua atas sokongan anda
Monday, May 30, 2016
Dunia Yang Berbeza
Posted by saranhaeyo at 1:13 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment