Baru-baru ini, SO Publishing menubuhkan imprint baru iaitu SOp!nk.
Saya pun berminat hendak membaca karya bawah imprint ini kerana genre yang dibawa merujuk kepada cinta, kemasyarakatan, dan kekeluargaan. Tanpa membuang masa, novel 'Destini Cinta' telah saya dapatkan melalui laman web Buku SO.
Saya telah menghadam naskhah ini semalam. Penulis yang bernama Zakuan Faizz berjaya membuka mata saya bahawa ada juga lelaki yang setia dan percaya kepada cinta. Walaupun ahli keluarga dan rakan sekeliling menyuruh Azrul, iaitu si hero untuk melupakan kekasih yang pernah hadir dalam hidup, namun dia tetap tidak berputus asa untuk berdoa agar diberi kesempatan untuk berjumpa dengan kekasihnya yang bernama Zira.
Selain itu, isu kekeluargaan turut ditonjolkan dengan baik dalam novel ini. Misalnya, Azrul marah apabila ibunya membuat keputusan untuk dirinya tanpa berbincang dahulu, misalnya keputusan berhenti dari kolej itu saya rasakan wajar. Azrul mengalami kesusahan untuk bergerak jadi tindakan itu wajar. Satu lagi situasi yang saya rasa ibu Azrul melampau ialah menerima pinangan anak gadis orang tanpa berbincang dengan Azrul. Hal ini amat penting dan melibatkan kebahagiaan rumah tangga Azrul. Kalau ada silap dalam perkahwinan pasti keluarga mereka akan terkena tempias juga.
Malah, saya tabik dengan sifat merendah diri keluarga Azrul yang melayan Pak Samad dengan baik. Pak Samad juga menjadi teman mengadu Azrul dan banyak memberi bimbingan kepadanya. Secara tidak langsung, sifat kemanusiaan masih ada dalam masyarakat. Watak Amira membawa simbol kepalsuan dalam hidup/ Dia boleh berubah mengikut keadaaan dan tidak menjaga batas pergaulan (naik rimas juga membaca tentangnya). Rasa nak hempuk Amira tu. Maaf ya, marah benar saya dengan sikap Amira!
Saya berpuas hati dengan isi cerita ini. Lagipun, saya minat membaca cerita yang sarat dengan mesej untuk terbitan akan datang. Jangan lupa dapatkan novel ini di http://www.bukuso.com/product/destini-cinta-sopnk/
Wednesday, June 1, 2016
Destini Cinta - Zakuan Faizz
Posted by saranhaeyo at 7:43 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment